85078

Kemeriahan Majlis Resepsi Fizi Ali & Shakilla Koriri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung majlis pernikahan penyampai Suria Pagi iaitu Fizi Ali dan juga pasangannya Shakilla Koriri yang merupakan seorang aktres.

Majlis akad nikah telah diadakan di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall pada jam 10 pagi, manakala majlis resepsi pula diadakan pada jam 9 malam di lokasi yang sama.

whatsapp-image-2018-02-18-at-12-55-52-pm-5

Lebih dari 1000 tetamu yang hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli ini yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat karib dan rakan-rakan artis.

kedua-dua mempelai begitu segak dalam persalinan indah serba biru rekaan pereka fesyen Keqasehbyanas.

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-44-12-pmwhatsapp-image-2018-02-19-at-12-44-12-pm-1whatsapp-image-2018-02-19-at-12-32-22-pm-3

Antara selebriti-selebriti tempatan yang hadir pada majlis resepsi itu ialah Hael Husaini, Indah Ruhaila, Ara Johari, Azhar, Azwan Kombos, Ezzati Abdullah, Sharifah Shahora, Syura, Wani Kayrie, Ameer Forteen, Bob Yusoff, Azwan Ali, Akma, Dottie dan ramai lagi.

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-49-42-pm

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-32-22-pm-6

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-49-42-pm-2

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-54-51-pm

Tidak ketinggalan warga kerja Suria FM seperti DJ Lin, Sharifah Shahira dan suami, Naim Hashim dan ramai lagi.

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-54-03-pmwhatsapp-image-2018-02-19-at-12-32-22-pm-2

whatsapp-image-2018-02-18-at-11-14-47-pm

Majlis pada malam itu sungguh meriah dengan persembahan dari penyanyi-penyanyi popular yang menceriakan suasana.

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-32-22-pm

Malah majlis resepsi itu terasa seperti sebuah konsert. Paling menarik apabila bekas pasangan duo iaitu Azhael yang begitu sporting menyanyikan lagu duet mereka buat pengantin dan tetamu yang hadir.

Still got the groove 🔥 @azharosmaan #azhael #faxsk #impromptu

A post shared by #HARAM (New Single) (@haelhusaini) on

Ramai juga yang teruja dan sebak melihat kemunculan semula pasangan duet ini beraksi dalam satu majlis.

whatsapp-image-2018-02-19-at-12-32-22-pm-8

Lebih meriah apabila pengantin dan tetamu berdansa bergembira tatkala penyanyi-penyanyi membuat persembahan menambahkan lagi kemeriah majlis pada malam itu.

SURIA doakan semoga kebahagian pasangan sama cantik sama padan ini akan berkekalan hingga ke Jannah. Tak sabar kami nak tunggu ‘baby’ Fizi dan Shakilla datang konti nanti.

 

Kredit Foto : 712Studio, Shahrizan Shafie

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!