71980

'Kenapa Dia Harus Dilarang Masuk?' – Deejay AS Pertahankan Fazura Ketika Di Amerika Syarikat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kelibat pelakon dan penyanyi, Nur Fazura dalam sebuah video ketika beliau bercuti di New York, Amerika Syarikat (AS) berjaya menarik perhatian apabila lelaki yang dahulu pernah dikaitkan dengannya iaitu Randy Seidman menjelaskan bahawa Fazura adalah teman wanitanya.

screen-shot-2017-02-01-at-2-58-10-pm

screen-shot-2017-02-01-at-2-57-55-pm

Menerusi rakaman video berdurasi lebih 10 minit itu, lelaki itu yang juga seorang deejay secara spontan mempertahankan Fazura selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

“Teman wanita saya seorang Muslim dan dia adalah pencinta keamanan dari Malaysia. Kenapa dia harus dilarang masuk kerana dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keganasan. Anda membuat kenyataan yang tidak masuk akal tentang Muslim dan saya tersinggung.”

Berdasarkan video eksperimen sosial yang dimuat naik di Youtube sejak dua minggu lalu, dua lelaki berkenaan memegang plakad meminta orang ramai menderma bagi menghalang kemasukan umat Islam ke negara itu manakala seorang lagi lelaki pula memegang plakad yang tertulis “larangan terhadap orang Islam adalah jalan penyelesaian”.

screen-shot-2017-02-01-at-2-58-24-pm

Walau bagaimanapun, Fazura yang tidak memberikan sebarang reaksi terhadap plakad berbentuk provokasi itu dilihat cuba menghalang Randy daripada terus berbalah dengan dua lelaki tersebut.

Randy juga sempat memuji dan menyifatkan Fazura sebagai seorang wanita cantik selain mempunyai hati yang baik.

“Teman wanita saya cantik, mempunyai hati baik dan anda cuba katakan dia patut dilarang masuk?”

Diharapkan kepada masyrakat Malaysia yang beragama Islam berhati-hati jika anda ingin ke Amerika Syarikat. Kalau boleh, tukarlah destinasi anda ke tempat yang lebih selamat.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!