87930

Kenapa Kelab Peminat Fattah Amin Dibubarkan? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba SURIA dimaklumkan yang kelab peminat Fattah Amin yang dikenali sebagai The FA Team telah dibubarkan.

Terkejut juga kami mendengar khabar ini. Yalah Fattah Amin merupakan nama besar di dalam Industri malah tahun lalu beliau diangkat sebagai Artis Paling Popular di ABPBH.

Jika tidak kerana usaha keras The FA Team, pasti sukar untuk Fattah menggenggam trofi ABPBH itu.

SURIA sendiri kurang jelas dan tidak pasti kenapa kelab peminat itu dibubarkan setelah lima tahun ditubuhkan.

Akaun Instagram kelab itu juga telah dinyahaktifkan serta merta.

Apa pun yang berlaku, SURIA harap peminat-peminat Fattah Amin Akan terus setia menyokong artis kesayangan mereka ini kerana artis dan peminat saling memerlukan diantara satu sama lain.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!