71943

"Kenapa Masih Bising, Tidak Puas Hati?" – Kenyataan Datuk Ziela Jalil Tentang Pelakon Bernama….. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini, nama penerbit drama terkenl iaitu Datuk Ziela Jalil menjadi bualan hangat di akhbar apabila ada seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Hafeez Mikail telah mengeluarkan kenyataan tentang baki bayarannya dan beberapa pelakon lain yang gagal dilunaskan oleh syarikat milik Ziela.

hafeez-mikail-1

Apabila ditanya tentang isu itu, Ziela telah tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya telah terjadi. Apa yang difahamkan, isu itu terjadi dengan tidak sengaja kerana mereka sepatutnya hanya menjalani satu penggambaran drama bersiri di negara itu, namun pada saat akhir terpaksa menjalani satu lagi penggambaran telefilem kerana masih mempunyai masa mencukupi di sana.

“Ketika itu saya sibuk untuk promosi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku di Malaysia dan saya serahkan kepada pengarah, Rahila menguruskannya di sana. Saya tidak tahu-menahu mengenai pengambilan mana-mana pelakon untuk telefilem berjudul Daffodil Lara itu kerana pembabitan Hafeez dilakukan oleh Rahila. Difahamkan, bagi mengurangkan kos mereka menggunakan pelakon yang sudah ada di sana.”

Walau bagaimanapun, Ziela masih tidak faham mengapa ada pelakon yang masih tidak berpuas hati kerana hal ini sudah dimaklumkan secara lisan kepada mereka yang terlibat.

ziela-jalil-mohon-maaf-drama-dianggap-maksiat-rotikaya-700x467

Apabila disentuh tentang bayaran telefilem, Ziela menjelaskan bahawa ia perlu menunggu tawaran daripada stesen televisyen untuk mendapatkan slot tayangannya.

“Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain. Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati. Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini.”

Bayi bayaran buat Hafeez sebanyak RM4,000 telah dijelaskan dan kepada pelakon lain, bayaran akan dibayar dalam masa terdekat. Dek kerana dakwaan yang dilakukan oleh Hafeez, Ziela mengambil keputusan untuk tidak mengambil beliau berlakon lagi dalam mana-mana drama terbitannya pada masa akan datang.

Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!