90927

Kenapa Mia Ahmad Padam Gambar Suami Di Instagram? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apabila bercakap tentang pelakon Mia Ahmad, kita pasti terbayang betapa romantisnya Mia bersama suamimya iaitu penjaga gol pasukan JDT, Ahmad Izham Tarmizi.

Pasangan yang sering kelihatan diulit bahagia ini juga baru sahaja menimang cahaya mata mereka yang pertama iaitu bayi lelaki yang diberi nama Sayf Issa.

Namun beberapa hari lalu, Mia ada memuatnaik kata-kata di Instagramnya yang seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang sedang berlaku dalam hidupnya.

Pepatah Bahasa Inggeris yang dimuatnaik Mia itu bermaksud “Allah menghadirkan seseorang itu ke falam hidup kita kerana bersebab dan membuang mereka dalam hidup untuk sebab yang lebih baik”.

Lebih mengejutkan apabila Mia telah memadamkan gambar-gambarnya bersama suami dan menutup ruangan komen Instagramnya.

Walaubagaimanapun, akaun Instagram milik Izham masih terpampang gambar mereka bersama.

SURIA doakan semoga rumahtangga Mia dan Izham baik-baik sahaja. Jika ada pun masalah yang timbul, diharapkan kedua-dua mereka diberi kesabaran dan kekuatan dari Allah untuk menyelesaikan dengan cara yang paling terbaik.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!