90872

Kenapa Siti Badriah Mahu Bertemu Ayda Jebat & Nur Sajat? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi popular dari Indonesia yang popular dan tular dengan lagu hits Lagi Syantik, siapa lagi kalau bukan Siti Badriah kini berada di Kuala Lumpur.

Kehadiran Siti Badriah di sini adalah bertujuan until mengumumkan konsertnya yang pertama di Malaysia yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Lagu Lagi Syantik telah menjadikan nama penyanyi yang mempunyai wajah seiras Ayda Jebat ini popular sekelip mata.

Bukan sahaja di negara Nusantara, tetapi lagu Lagi Syantik turut popular sehingga ke Filipina Dan Taiwan.

SURIA berkesempatan bertemu gadis comel ini sewaktu kunjungannya ke konti SURIA bersama trio Suria Petang, Tyzo, Suraya dan Rara.

Ditanya siapa artis dari Malaysia yang dia teringin bertemu atau berkolaborasi, katanya kerana sering dibilang berwajah persis Ayda Jebat, dia mahu bertemu dengan penyanyi lagu Pencuri Hati itu.

“Saya sering diberitahu bahawa wajah saya mirip dengan Ayda Jebat. Jadi kalau peluang saya mahu bertemu dan mungkin berduet sama dia.

Saya juga teringin bertemu sama Nur Sajat. Aku kenal dia kerana berduet bersama temanku iaitu Lucinta Luna. Dia orangnya lucu. Aku sering melihat Lucinta ‘posting’ muatnaik gambar dan video bersama dia”, ujarnya.

Siti Badriah juga baru saja melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘Harus Rindu Who’. Namun berbeza dengan lagu ‘Lagi Syantik’, lagu terbarunya itu berentak perlahan dan sedih.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber