100861

Kendall Jenner, Devin Booker Luangkan Masa Bercuti Dengan Justin BieberDan Hailey Baldwin - Suria FM - Segalanya Hiburan

MESKIPUN tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai spekulasi hubungan cinta, model terkenal Kendall Jenner sekali lagi dilihat meluangkan masa bercuti dengan pemain bola keranjang iaitu Devin Booker.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto Kendall dengan Devin itu dirakam ketika mereka sedang dalam percutian bersama pasangan suami isteri terkenal iaitu Justin Bieber dan Hailey Baldwin di Idaho, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Dalam keadaan negara masih dilanda pandemik Covid-19, dua pasangan tersebut hanya memilih lokasi percutian berdekatan dengan kediaman mereka.

Baru-baru ini, foto Kendall bersama Devin ketika keluar dari sebuah restauran di Santa Monica, California menjadi perhatian dan menguatkan lagi spekulasi mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat, Kendall masih tidak mempunyai kekasih tetapi dia berasa seronok dapat meluangkan banyak masa bersama Devin.

“Kendall sedang menikmati masa yang seronok bersama Devin dan mahu melihat ia boleh pergi sejauh mana tapi dia masih belum menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa mahu pun lelaki itu,” kata sumber.

Kredit gambar dan artikel mStardan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!