89179

Kenyataan Kontroversi Kendall Jenner Undang Padah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kenyataan yang dibuat oleh model terkemuka dunia Kendall Jenner dalam satu temubual dengan majalah LOVE telah mengundang padah buat dirinya.

Menurut temubual itu, Kendall mengakui sedari awal pembabitannya di dalam dunia permodelan, dia sangat memilih pertunjukan fesyen mana yang akan dijayakannya.

Katanya lagi, dia bukan seperti ‘those girls’ merujuk kepada model-model lain yang akan membuat ‘catwalk’ kepada lebih 30 pertunjukan fesyen untuk satu musim.

Mengakui ‘catwalk’ bukan satu-satunya kerja yang dilakukan kerana dia mempunyai terlalu banyak perkara untuk dilakukan dalam satu masa, Kendall meluahkan bahawa dia pernah mengalami tekanan perasaan sehingga perlu memperlahankan rentaknya dalam dunia permodelan.

 

 

Walaubagaimanapun, kenyataan itu telah mengundang kecaman daripada netizen diseluruh dunia termasuklah beberapa orang model ternama dan penggiat fesyen dunia.

Supermodel terkenal dari Russia iaitu Vlada Roslyakova telah menyelar kenyataan yang dibuat oleh adik Kim Kardashian itu.

Kata Vlada dalam status yang dimuatnaiknya di Instagram berkata, ‘those girls’ yang dipanggil oleh Kendall adalah model-model yang bekerja keras siang dan malam dan berjalan untuk lebih daripada 80 pertunjukan fesyen dalam satu musim demi mengumpul wang untuk menyara hidup dan dikirimkan kepada keluarga di Kampung.

Tambah Vlada lagi, mereka tiada hak untuk menolak tawaran kerja dan memilih untuk bekerja dengan siapa kerana harus bekerja keras demi menempa nama sebagai model terkemuka.

Kenyataan Vlada itu telah mendapat sokongan daripada netizen termasuklah supermodel terkenal dunia Natasha Poly yang turut meninggal Komen di Instagram Vlada. Model Victoria’s Secret Leomie Anderson turut memberi respon negatif terhadap kenyataan Kendall itu.

 

Sementara itu, wakil Kendall Jenner telah tampil membuat kenyataan bahawa temubual itu telah disalahtafsirkan. Kendall turut mengemaskini status di Twitter dengan mengatakan bahawa kata-katanya di dalam temubual bersama majalah LOVE itu telah dipusing.

Nampaknya kenyataan kontroversi ini mungkin sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap kerjaya model Kendall selepas ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!