84884

Kepuasan, Cabaran & Kerisauan Syamsul Yusof Sebagai Pelakon Dalam Makrifat Cinta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof mengakui beliau mendapat lebih kepuasan sebagai seorang pelakon sewaktu berlakon dalam filem terbaru Makrifat Cinta.

Ini kerana filem Makrifat Cinta merupakan filem lakonan Syamsul yang diarahkan oleh orang lain iaitu Kamal G dan bukan dirinya sendiri.

27072792_387775595016597_8037005063576565847_n

“Dalam filem Makrifat Cinta saya boleh 100 peratus fokus pada lakonan saya. Memang diakui jika kita berlakon dan mengarah pada masa yang sama, ia mungkin sedikit mengganggu dari segi fokus. Saya sangat selesa memegang peranan hanya sebagai pelakon untuk filem ini”, jelasnya.

Syamsul juga mengakui dia terbuka untuk berlakon di bawah arahan pengarah lain malah pernah menerima beberapa tawaran dari pengarah terkenal di Malaysia. Namun disebabkan kekangan masa, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut.

24993222_366132023847621_9185544252507751681_n

“Saya menerima tawaran filem Makrifat Cinta kerana saya tertarik dengan idea asal filem ini yang berdasarkan kisah benar. Ia merupakan salah satu ‘wish list’ saya untuk berlakon dalam filem yang diadaptasi dari kisah benar.

Tambahan pula ia berbeza dengan watak-watak yang saya pernah lakonkan sebelum ini. Saya biasa jadi gangster, jadi ustaz tetapi kali ini saya perlu berlakon jadi rakyat marhaen yang biasa.

Saya rasa ini yang mencabar saya sebagai seorang aktor. Untuk melakonkan watak seorang lelaki biasa. Itu yang susah dan saya nak sahut cabaran itu”, jelasnya.

25151868_366133363847487_8633252766593117608_n

Pertama kali bergandingan dengan Nora Danish, Syamsul mendedahkan bahawa beliau sebenarnya agak risau pada awalnya kerana ada mendengar cakap-cakap orang tentang aktres jelita itu.

“Ada orang cakap dia diva, tetapi rupanya salah sebab Nora merupakan seorang yang sangat profesional dan merendah diri. Malah pengarah sendiri senang bekerja dengan Nora. Mungkin disebabkan itu ramai pengarah yang menginginkan dia”, jelasnya.

17553401_256538658140292_296187211418006649_n

Jangan lupa untuk saksikan gandingan mantap Syamsul Yusof, Nora Danish, Nabila Huda, Adi Putra dan Puteri Balkyish dalam filem Makrifat Cinta yang sudah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 1 Februari 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!