72418

Kerana Kareena Peminat Histeria - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam rakyat Malaysia berpeluang menemui superstar Bollywood, Kareena Kapoor Khan apabila beliau membuat kemunculan istimewa di kedai jus Juiceco di Bangsar.

Kareena hadir sebagai tetamu jemputan istimewa sempena pembukaan kedai jus Juiceco yang pertama di Asia Tenggara.

unnamed-6

Seawal jam 4 petang lagi, peminat beliau sudah setia menanti walaupun acara rasmi bermula pada jam 7 malam.

Lebih dari seribu peminat membanjiri perkarangan premis berkenaan. Pelbagai bangsa dilihat berkumpul dengan penuh rasa teruja untuk bertemu idola mereka.

unnamed-12

Kareena tiba lewat 30 minit berikutan kesesakan lalu lintas. Sebaik melihat lampu kereta polis yang mengirinya, peminat sudah menjerit teruja.

Tatkala kelibat Kareena keluar dari kereta, peminatnya terus bersorak menjerit memanggil namanya.

Kareena tampil memukau dalam gaun petang berona hitam emas sekaligus menyerlahkan aura divanya.

unnamed-1

Peminat tidak henti-henti memanggil namanya sewaktu beliau muncul di atas pentas.

unnamed-3

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada peminat yang tidak mengikuti syarat yang ditetapkan iaitu tidak boleh berswafoto bersama Kareena.Kedegilan mereka membawa padah apabila telefon bimbit mereka dirampas sehingga berlaku sedikit pergelutan di atas pentas.

Peminat terus berasak-asak ke hadapan pentas sehingga sanggup merempuh petugas media yang berada di kawasan hadapan.Malah mereka turut menghalang kerja petugas media kerana mahu masuk ke dalam premis berkenaan sewaktu sidang media bersama media mahu bermula.

Keadaan menjadi semakin tegang di pintu masuk premis berkenaan apabila ramai petugas media yang terkandas di tengah-tengah segerombolan peminat fanatik yang degil. Malah ada peminat yang sanggup menyogok kru yang bertugas dengan wang semata-mata untuk masuk ke dalam bertemu Kareena.

Sewaktu sidang media sedang berlangsung di dalam, pintu kaca premis berkenaan turut diketuk-ketuk oleh peminat yang bagaikan histeria. Sesekali terlihat wajah Kareena seakan terkejut dengan perilaku sesetengah peminat yang begitu fanatik terhadap dirinya.

Petugas media hanya diberi masa selama 5 minit sahaja untuk menemu bual bintang Kabhie Kushi Kabhie Gham itu. Malah ada pihak media yang pulang hampa kerana tidak berpeluang bertanya soalan kepada Kareena kerana masa serta penyelenggaran majlis yang sedikit kucar kacir.

unnamed-7

Sementara itu Kareena dalam temubualnya berkata, beliau sangat gembira setiap kali berkunjung ke Malaysia kerana mempunyai ramai peminat di sini.

Tambahnya setiap kali ke Malaysia, beliau berasa seperti berada di rumah sendiri dan tidak akan lepaskan peluang untuk berkunjung lagi.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, Klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!