88551

kereta Ferrari Dato’ Sri Aliff Syukri Terbakar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam tular di media sosial apabila media melaporkan terdapat sebuah kereta Ferrari yang terbakar di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Hari ini di Instagram, jutawan kosmetik terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri telah memuatnaik video dirinya sedang menangis meratapi kereta Ferrari miliknya yang terbakar.

Kata Dato’ Sri Aliff di kapsyennya, kereta yang dibeli dengan harga RM1.8 juta itu meletup dan terbakar secara tiba-tiba.

Semalam media di Malaysia melaporkan terdapat sebuah kereta Ferrari yang terbakar di tepi jaan, namun pemilik kereta berkenaan tiada di tempat kejadian.

Nampaknya kini persoalan siapa pemilik kereta Ferrari itu terjawab apabila Dato’ Sri Aliff mengesahkan perkara itu di Instagramnya.

Sabar lah Dato’ Sri Aliff. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih berharga buat Dato’ Sri.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber