72860

Kesabaran Izreen Azminda Diuji - Suria FM - Segalanya Hiburan

Terlalu lama berdiam diri, akhirnya aktres Izreen Azminda meluahkan perasaan serta memberi amaran di akaun Instagramnya.

Izreen berbuat demikian kerana tidak tahan difitnah apabila gambar dia tidak bertudung sewaktu berada di rumah bersama suami telah disebarkan di media sosial.

screen-shot-2017-12-19-at-12-18-00-pm

Lebih parah apabila Izreen difitnah gambar tersebut diambil oleh salah seorang rakannya sewaktu mereka belum sah bergelar suami isteri.

Namun kata Izreen dia pelik kerana tiada seorang pun rakannya yang pernah pergi ke rumah mereka.

screen-shot-2017-12-19-at-12-18-42-pm

Izreen turut menyelar tindakan individu yang memfitnah dirinya sebagai tidak bermoral dan berhati binatang.

Tambah Izreen lagi, dia memberi amaran supaya penyebar fitnah itu tunggu untuk tindakan selanjutnya yang akan di ambil Izreen.

screen-shot-2017-12-19-at-12-18-59-pm

Aduh kenapa sampai macam tu sekali ya kalau nak sebar fitnah? Tak ada kerja lain ke? Berdosa tahu tak sebarkan gambar peribadi seseorang tanpa keizinan terutamanya ketika individu berkenaan sedang berada dalam keadaan tidak menutup aurat.

Semoga Izreen dapat selesaikan perkara ini dan dapat memberi pengajaran kepada si penyebar fitnah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!