72526

Kesederhanaan Tunku Tun Aminah Tawan Hati Rakyat Jelata - Suria FM - Segalanya Hiburan

Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah.

screen-shot-2017-08-14-at-5-00-07-pm

Puteri kesayangan ramai itu telah melangsungkan majlis pernikahan di Istana Bukit Serene Johor Bahru , Johor Darul Takzim.

screen-shot-2017-08-14-at-4-59-02-pm

screen-shot-2017-08-14-at-5-01-00-pm

Ramai rakyat jelata yang terpegun dengan kejelitaan Tunku Tun Aminah yang kelihatan begitu anggun walaupun berdandan ringkas.

screen-shot-2017-08-14-at-5-01-13-pm

Wajah ayu Tunku Tun Aminah ditatarias oleh jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin yang juga merupakan kakak kepada Ratu Rock negara Ella.

screen-shot-2017-08-14-at-4-59-39-pm

Solekan minimalis yang digunakan benar-benar menyerlahkan keayuan semula jadi wajah Tunku Tun Aminah. Rambut Tunku yang hitam ikal mayang dibiar mengurai.

screen-shot-2017-08-14-at-5-02-56-pm

Persalinan baju kurung rona putih gading yang dipakai juga begitu ringkas tetapi tetap menawan. Tiada penggunaan tiara serta barang kemas yang sarat.

screen-shot-2017-08-14-at-4-59-27-pm

screen-shot-2017-08-14-at-5-01-43-pm

Encik Dennis juga kelihatan begitu tampan mengenakan baju melayu tradisi Johor dari rona yang sama.

screen-shot-2017-08-14-at-5-00-42-pm

screen-shot-2017-08-14-at-5-12-11-pm

Rakyat jelata turut tertawan dan terpegun dengan kesederhanaan Tunku Tun Aminah yang tampil ringkas di hari bahagianya namun masih kelihatan anggun dan jelita.

screen-shot-2017-08-14-at-5-32-42-pm

screen-shot-2017-08-14-at-5-32-10-pmscreen-shot-2017-08-14-at-5-32-28-pm

Bagai pinang dibelah dua, itulah yang Suria dapat simpulkan untuk pasangan diraja yang sama cantik sama padan ini. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina diredha Allah s.w.t dan kekal bahagia hingga ke Jannah.

Kredit Foto : Instagram Malaysia Royal Family, Johor Southern Tiger, Saidatulnisa Aminuddin

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!