72258

Kesinambungan Alien Dalam Alien Covenant - Suria FM - Segalanya Hiburan

aliencovenant-mainkeyart-10may

Generasi masa kini mungkin kurang mengenali siri filem Alien yang satu ketika dulu menjadi fenomena filem sains fiksyen Hollywood di era 90-an.

Filem asalnya dulu yang menyaksikan Sigourney Weaver sebagai penyandang watak utama itu kemudian mempunyai beberapa sambungan atau sekuel yang sentiasa dinantikan pencinta makhluk asing.

ac_056_00261515-n

Terbaru, Alien Covenant menyambung legasi ini di mana alur cerita masih berteraskan makhluk asing parasit yang membiak dengan memasuki tubuh manusia dan kemudian membunuh manusia lain yang berada di sekitarnya.

Seperti filem-filem dari jenama Alien sebelum ini, latarbelakang kapal angkasa dan angkasa lepas sendiri menjadi wadah yang ideal untuk pengembangan kisah manusia yang cuba meneroka dan mencari kehidupan baru di planet lain demi meneruskan tamadun manusia secara umum.

df-10742

Dan dalam sambungan kali ini sekumpulan angkasawan mengikut naluri mereka untuk singgah di sebuah planet yang mirip dengan bumi dalam mencari kemungkinan yang ada demi menyelamatkan koloni yang mereka bawa.

Namun  percaturan mereka meleset kala menemui penghuni lain di planet tersebut.

Lebih menarik lagi, filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat Hollywood seperti Michael Fassbender, Katherine Waterston, Jussie Smollet dan ramai lagi.

ac_085_00273751-n

Jadi buat anda penggemar filem sains fiksyen yang penuh dengan babak-babak mendebarkan, pastikan anda menonton Alien Covenant yang akan ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 10 Mei.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!