99344

Khai Bahar Tunggu Kata Putus Ogy, Masih Letak Harapan Untuk Konsert Sulung Di IB - Suria FM - Segalanya Hiburan

MASIH meletakkan harapan tinggi, penyanyi Khai Bahar optimis untuk meneruskan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia meskipun penganjur Fauziah Ahmad Daud atau Ogy belum menyelesaikan isu bayaran tertunggak pelakon teater Korupsi Dewan Semandung.

Walaupun belum ada sebarang kata putus, penyanyi lagu Bayang ini berharap persembahan sulungnya di pentas Istana Budaya itu dapat direalisasikan seperti yang dirancang.

“Saya tidak akan tarik diri dari konsert itu… saya nak sambung dan memang letak harapan kerana kita semua sudah bersemangat, latihan pun dah buat dan peminat menanti-nantikan konsert ini.”

Baca artikel penuh di mStar

Kredit gambar dan artikel mStar

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...