72581

Khai Hadiahkan Kereta Audi Pada Rosma - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini Suria sempat belek akaun Instagram milik pasangan yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia siapa lagi kalau bukan Khai dan Rosma.

Dalam salah satu gambar yang dimuatnaik, kelihatan Khai telah membuat kejutan kepada Rosma dengan membeli sebuah kereta baru berjenama Audi.

screen-shot-2017-09-06-at-11-38-27-am

Menurut Khai, sudah 7 tahun isteri kesayangannya itu mengidamkan untuk memiliki kereta Audi.

screen-shot-2017-09-06-at-11-38-10-am

Khai dan Rosma kini lebih dikenali sebagai usahawan yang mengusahakan produk kesihatan pelangsingan badan Magicslim.

screen-shot-2017-09-06-at-11-40-46-am

Nampaknya rezeki pasangan ini semakin murah, mana tidaknya Rosma juga telah terpilih sebagai salah seorang peserta AF Megastar yang akan kembali berentap merebut gelaran juara.

Semoga kejayaan pasangan ini menjadi inspirasi kepada pasangan suami isteri di luar sana.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!