72246

Kila Fairy Bakal Berduet Bersama Sean Kingston - Suria FM - Segalanya Hiburan

kila2

Agak lama juga kita tidak dengar perkembangan terbaru tentang pelakon seksi Kila Fairy.

Sesekali nama Kila menjadi topik panas untuk dibualkan netizen tatkala kelibatnya muncul di majlis-majlis dek kerana penampilannya yang seksi.

kila1
Gambar Instagram Kila Fairy

Namun dalam diam rupanya anak dara Rohana Jalil ini sedang menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk peminat.
Kila sewaktu ditemui di Anugerah Stail EH! memberitahu Suria secara ekslusif bahawa dia bakal mengeluarkan single duet bersama penyanyi antarabangsa Sean Kingston.

Lebih menarik lagi bukan sahaja lagu, malah klip video lagu itu juga turut dihasilkan.
Jelas Kila lagi segala rakaman untuk lagu dan klip video dilakukan di Malaysia.

kila-3

Bagi peminat yang rindukan lakonan Kila pula, anda bakal menyaksikan Kila di kaca televisyen tidak lama lagi kerana Kila akan mulakan penggambaran drama 30 episod pada bulan Mei ini.

Kami sebenarnya tak sabar hendak mendengar dan lihat klip video terbaru dari Kila. Pasti meletup! Semoga Kila terus sukses!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!