100508

Kim Won Hae Masih Positif Covid-19, Berada Dalam Keadaan Stabil - Suria FM - Segalanya Hiburan

AKTOR Korea Selatan Kim Won Hae masih menerima rawatan di sebuah pusat kuarantin dan berada dalam keadaan stabil selepas dijangkiti Covid-19 pada 19 Ogos lalu.

Pihak pengurusan pelakon itu Double SG Company mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Kenyataan tersebut menyatakan pengurus kepada aktor tersebut sudah disahkan negatif daripada wabak itu dan sedang menjalani ujian saringan.

“Kim Won Hae disahkan positif Covid-19 pada 19 Ogos lalu selepas salah seorang daripada barisan pelakon teater muzikal Jjambbong turut disahkan positif wabak itu.

“Kini, aktor itu dimasukkan ke sebuah pusat kuarantin dan sedang menerima rawatan. Keadaannya sekarang stabil.

“Pengurus kepada Kim Won Hae sudah disahkan negatif Covid-19 dan akan menjalani ujian saringan dalam masa dua minggu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, barisan pelakon teater muzikal Jjambobng termasuk Kim Won Hae dan Heo Dong Won dijangkiti Covid-19 daripada aktor Seo Sung Jong.

Kredit gambar dan artikel mStar dan allkpop

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...