72113

Kimchi Untuk Awak kisah benci jadi suka - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah lama ditunggu-tunggu, filem Kimchi Untuk Awak (KUA) bakal menemui peminat tidak lama lagi. Filem lakonan Aiman Hakim dan Emma Maembong itu baru-baru ini mengadakan tayangan galanya di pawagam GSC Pavilion sambil dihadiri para jemputan khas, ahli media serta bintang-bintang filem tersebut.

Aiman Hakim yang ditemui pada malam tersebut memberitahu yang dia sangat teruja dengan kemunculan pertamanya di layar perak itu.

kua_8

“Saya memang teruja dan sangat berharap para peminat akan memberikan sokongan terhadap karya ini, kerana ini adalah penampilan pertama saya di dalam filem. Saya dah berikan yang terbaik serta apa yang termampu dan saya harap para penonton akan menyukai hasil kerja kami bersama,” kata Aiman ketika ditemui pada malam gala filem itu.

KUA merupakan filem pertama arahan Michael Ang di layar perak. Malah, ini juga adalah gandingan julung
kali pasangan Aiman Hakim dan Emma Maembong dalam sebuah filem. Jalan cerita yang diadaptasi dari novel
karya novalis Suri Ryana turut digerakkan dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon popular
Janna Nick, Sharifah Sakinah, Dira Abu Zahar, Ungku Haris, Normah Damanhuri, Natasha Elyzza, Mandy
Chong dan Annuar Chew.

Bagi Emma Maembong pula, dia berasa gementar pada malam tayangan gala KUA kerana tidak tahu apakah reaksi yang bakal diterima nanti.

kua_31

“Saya gementar dan ada sedikit darah gemuruh. Maklumlah kita dah berikan yang terbaik tapi pendapat orang yang menonton kita belum tahu kan? Jadi saya harap semua orang akan berpuas hati dengan apa yang telah kami berikan untuk karya ini,” kata Emma sebelum tayangan filem pada malam gala tersebut.

Kisah KUA bermula dengan pertemuan Bella (Emma Maembong) dengan lelaki sombong berdarah
campuran Melayu Korea, Danial Lee (Aiman Hakim) berlaku secara tidak disengajakan di Lapangan
Terbang Incheon dan telah menimbulkan rasa benci di antara mereka. Malah, insiden pertembungan itu
terus bersambung apabila takdir sentiasa menemukan Bella & Danial Lee. Sepanjang perkenalan mereka,
perasaan Bella yang awalnya benci perlahan-lahan bertukar menjadi cinta. Sementara itu, Danial tidak
pasti adakah perasaannya pada Bella adalah tulus atau sekadar mengingatkan pada kekasih lamanya.

Filem romantik yang berlatarbelakangkan Seoul,Korea dan Malaysia ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 30 Mac ini.

Sila layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Astro Shaw untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan hashtag #KimchiUntukAwak #DaeakKUA #KUA.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!