72273

King Arthur : Legend of The Sword Kaya Dengan Kesan Khas - Suria FM - Segalanya Hiburan

ka-12186r

Filem-filem tentang King Arthur merupakan di antara rangkaian filem adaptasi legenda Inggeris paling popular di dunia. Dari dulu lagi, kisah raja legenda dari sejarah Inggeris ini pernah difilemkan beberapa kali dan ia turut dijadikan aneka siri TV. Setiap kali ia digarap untuk layar perak, pelbagai pembaharuan diberikan untuk menarik minat penonton.

ka-13643

Terbaru, filem King Arthur : Legend of The Sword merupakan sebuah lagi adaptasi tentang tokoh legenda tersebut yang dibawa ke pawagam. Namun kali ini, kisah King Arthur diberikan alur cerita yang lebih menarik dengan banyak kesan khas mewarnai filem tersebut dari mula hingga akhir.

ka-tp-0010

Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Jude Law, Charlie Hunnam, Eric Bana dan ramai lagi, filem King Arthur: Legend of The Sword banyak babak-babak yang menunjukkan penggunaan kuasa sakti watak-watak mistik yang muncul dalam kisah kali ini. Terdapat juga penampilan khas pemain bola sepak tersohor David Beckham yang muncul sebagai pelakon undangan.

ka-tp-0032

Sekiranya anda penggemar filem-filem yang mempunyai banyak kesan khas atau kisah-kisah mitos dan legenda yang kaya dengan unsur sakti dan mistik, anda mungkin akan menyukai King Arthur dalam versi terbaru ini.

Filem King Arthur: Legend of The Sword sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam di seluruh Malaysia.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!