72745

Kisah Cinta Unik Dalam Dubai My Love - Suria FM - Segalanya Hiburan

dml-3

Sebuah lagi filem cinta tempatan yang menjalankan penggambaran di luar negara menjengah pawagam Malaysia.

Dubai My Love merupakan filem terbitan Tsar Asia yang menceritakan kisah cinta seorang lelaki bernama Amar yang membawa diri ke Dubai di Emiriah Arab Bersatu untuk membina hidup baru setelah berdepan kekecewaan apabila ditinggalkan pada hari perkahwinannya.

dml-1

Di Dubai Amar menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang teman wanita baru bernama Maryam. Walau bagaimanapun Amar masih belum bersedia untuk melanjutkan perhubungan mereka ke langkah seterusnya kerana masih teringatkan bekas tunangnya yang telah meninggalkannya di hari perkahwinan mereka.

Dalam sibuk membina kerjaya dan memikirkan tentang hubungannya dengan Maryam tiba-tiba Amar bertemu dengan seorang wanita misteri yang muncul dalam hidupnya.

dml-2

Malah wanita yang mirip bekas tunangnya itu mengetahui segala rahsia hidup Amar.

Siapakah wanita tersebut? Semuanya bakal terungkai di pawagam nanti.

whatsapp-image-2017-11-03-at-3-35-54-pm

Jangan lupa saksikan Dubai My Love lakonan Erwin Dawson, Putri Najuwa dan Hanna Aqeela yang sudahpun mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!