85203

Kita Tak Boleh Halang Lelaki Kahwin Lain, Tapi Kita Boleh Halang Dari Kahwin Dengan Laki Orang – Che Ta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya isu rampas merampas semakin menjadi topik hangat yang sering diperbincangkan oleh masyarakat Malaysia terutamanya kaum wanita.

Pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta juga tidak terkecuali untuk memberi pandangan terhadap isu ini.

Sesekali Che Ta sering memuatnaik status di Instagram yang sarkastik tentang golongan perampas.

che-ta-sindir-kes-rumah-tangga-aliff-aziz-2

Che Ta yang ditemui sewaktu majlis pelantikannya sebagai duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara berhad berkata sebenarnya oran yang akan menghancurkan hidup perempuan adalah perempuan sendiri.

“Saya memang tak suka orang yang ambil laki orang sebab kita takut orang ambil laki kita. Kalau kita kahwin dengan lelaki bujang kita tak boleh nak halang dia untuk dia berkahwin dengan orang lain. Tapi kita boleh halang diri kita untuk nak kahwin dengan laki orang.

Saya bukan nak menghalang poligami. Tetapi kalau kita tahu orang tu ada isteri lebih baik elak. Kenapa perempuan perlu nak menghancurkan hidup perempuan lain?”, katanya.

Che Ta juga turut menasihati kepada wanita yang telah diceraikan atau dimadukan supaya ‘move on’ dan bangkit daripada terus bersedih.

“Dulu sewaktu saya bercerai dengan bekas suami saya tiada kerja. Lepas kahwin 10 tahun saya duduk di rumah. Tetapi disebabkan ada anak saya perlu bangkit.

Kita kena ‘move on’ dan tidak perlu ingat benda yang dah lepas. Mungkin jodoh kita cuma setakat itu. Tetapi setiap satu kejadian tuhan itu sebab Dia nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Jangan rasa dunia anda telah gelap gelita bila suami anda kahwin dengan orang lain atau dia humban anda”, jelasnya.

Betul kata Che Ta tu. Lihatlah apa yang berlaku dalam hidup Che Ta. Beliau pernah bercerai dan bekerja keras untuk membesarkan dua anaknya sehinggalah Che Ta betul-betul berjaya sekarang. Kepada wnaita diluar sana, jadikan Che Ta sebagai inspirasi untuk terus bangkit dan lupakan segala duka dan teruskan hidup bahagia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!