72512

Klip Video Rasmi 'Pejamkan Mata' Cecah 83 ribu Tontonan dalam 18 jam di Youtube - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-08-09-at-4-42-28-pm-1

Biarpun lagu Pejamkan Mata dendangan Dayang Nurfaizah dan Malique telah lama dimainkan dan mendapat putaran yang banyak di kesemua stesen radio tempatan, video muzik rasminya baru sahaja dilancarkan setelah lama ditunggu-tunggu oleh peminat.

Pada tarikh 8 Ogos 2017, muzik video Pejamkan Mata telah dimuatnaik ke Youtube secara rasmi dan hanya dalam masa 18 jam, lagu ini telah mendapat sebanyak 83 ribu tontonan dan menjadi tular di Youtube pada kedudukan ke- lapan.

whatsapp-image-2017-08-09-at-4-42-28-pm-3

Pastinya ini suatu fenomena yang luar biasa tambahan pula para pelakon bagi muzik video ini juga bukan calang-calang orangnya. Beto Kusyairi, Johan As’ari, Uqasha Senrose dan pelakon cilik Nik Adam Mika, empat nama besar dalam industri seni tanah air telah bergabung bagi menjayakan muzik video ini.

whatsapp-image-2017-08-09-at-4-42-28-pm-2

Jelas sekali, kolaborasi mereka telah memberi satu sentuhan hasil karya yang mengagumkan. Video arahan Zul dari produksi Luey Motion Lab ini hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk proses penggambaran.

whatsapp-image-2017-08-09-at-4-42-28-pm

Teristimewa buat peminat Malique dan Dayang Nurfaizah, lagu ‘Pejamkan Mata ’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox.

Untuk menonton boleh layari pautan Youtube: https://youtu.be/VQDTiHY6B8s

Untuk lebih banyak info sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!