91963

Kolaborasi Strategik Bakal Naikkan Nilai Industri Pembangunan Negara - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

CIDB IBS Sdn Bhd, anak syarikat Badan Pengembangan Industri Konstruksi Malaysia (CIDB) telah menandatangani memorandom Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Pembangunan SANY (M) SdnBhd untuk membina kapasiti dalam Sistem Pembangunan Industri (IBS) di Indonesia yang akan mendorong daya produktif dalam industri pembangunan. Perjanjian ini merupakan langkah penting untuk memaju implementasi IBS di industri pembangunan, yang merupakan kunci kepada Program Transformasi Industri Konstruksi 2016-2020 (CITP).

Kerjasama ini telah ditandatangani di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara hari ini, di hadapan Dato ’Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia dan Encik Mao Zhong Wu, salah seorang daripada pengasas bersama, Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Presiden Kanan SANY Group Co. Ltd. Turut bersama dalam sesi menandatangai memorandum tersebut adalah Datuk Ir Elias Ismail, Naib Pengerusi CIDB IBS sementara syarikat SANY diwakili oleh Keade Wang, Pengurus Besar SANY. Rozaiman Hj Hassan, Ketua Pejabat Eksekutif atau CIDB IBS dan Chang Bar Kuei, Eksekutif Direktor SANY menandatangan sebagai saksi untuk organisasi masing-masing.

Kolaborasi ini merupakan antara strategi yang diambil yang meliputi aspek tertentu seperti perkongsian informasi dan kepakaran mengenai IBS yang dapat menambah nilai bagi industri pembangunan dan untuk membangunkan ruang latihan kecekapan dan program mentor protege, termasuk peningkatan dan latihan dalam bidang yang berkaitan IBS.

Seiring dengan dorongan CITP yang bertujuan memperkenalkan IBS di mata masyarakat sebagai penyebab utama peningkatan produktiviti dan kualiti industri kontruksi di Malaysia. Pihak kerajaan bercadang memperluaskan lagi skala IBS dalam projek-projek pembangunan di sektor awam dan swasta serta mengembangkan lagi penerapan rantai sokongan untuk industri tersebut.

“Disebakan sistem IBS mempunyai sumber yang lebih tepat, projek pembangunan akan dapat dilaksanakan dalam waktu yang lebih singkat. Ini akan menjimatkan kos keseluruhan projek dan mengurangkan impak kepada persekitaran,” kata Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB.

“Melalui usaha kedua-dua belah pihak, CIDM berharap dapat melihat peningkatan jumlah pengeluaran, pemasang dan kontraktor IBS di Malaysia. Kami meramalkan bahawa tujuan dan visi kedua pihak akan meperluaskan tujuan CITP dan membangunkan lagi ekosistem IBS di Malaysia,” tambah beliau lagi.

CITP diperkenalkan oleh Kementerian Kerja Raya melalui CIDB sebagai pelan komprehensif untuk mengangkat sektor pembangunan sebagai sektor yang moden, produktif dan setara dengan kualiti teknologi global. Ini merupakan bahagian penting dari Rancangan Malaysia ke 11 dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dan mengatasi cabaran dalam industri pembangunan.

“MoU ini merasmikan kerjasama antara CIDB dan Sany Construction dan menandakan kami selangkah ke hadapan dalam mencapai tujuan CITP. Salah satu matlamat yang ingin dicapai di bawah visi strategik ketiga CITP adalah menjana penggunaan IBS dalam kedua-dua projek untuk sektor awam dan swasta serta membangunkan rantaian bekalan IBS yang kukuh di negara ini,” kata Dato’ Ahmad Asri.

Sejak tahun 2008, kerajaan telah memberi mandat terhadap penggunaan IBS dalam projek-projek kerajaan bernilai RM10juta ke atas untuk mencapai skor minimum IBS sebanyak 70. Berkuat kuasa pada 10 Januari 2018, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan penggunaan IBS untuk projek swasta yang bernilai RM50 juta ke atas dengan memerlukan skor minimum IBS sebanyak 50.

“CIDB sedang berusaha dalam mengejar kerjasama strategik di kawasan IBS untuk mengukuhkan lagi ekosistem IBS dalam industri pembinaan Malaysia,” katanya.

Penandatanganan MoU ini dijangka dapat meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam IBS di kalangan pengilang, pemasang dan kontraktor di Malaysia dan pada masa yang meningkatkan kesedaran mengenai kelebihan dan manfaat teknologi IBS di kalangan mereka yang bekerja di dalam industri ini.

Jika inginkan maklumat lanjut, sila layari www.cidb.gov.my

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!