72067

Kong : Skull Island memang terbaik! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Buat anda yang meminati filem sains fiksyen dan raksasa, kami di SURIA yakin anda pasti akan menyukai filem terbaru Kong: Skull Island yang bakal ditayangkan. Filem yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Samuel L Jackson, Tom Hiddleston, John Goodman dan Brie Larson ini penuh dengan babak-babak yang mendebarkan.

Mungkin ramai yang tahu ini bukanlah filem pertama yang menggambarkan gorilla gergasi King Kong, kerana sebelum ini sudah banyak filem yang menceritakan tentang haiwan raksasa tersebut. Malah francais filem King Kong telah bermula sejak tahun 1930-an lagi dan hampir kesemua masyarakat dunia dah terdedah dengan nama King Kong.

ksi-23856r

Tapi kami rasa memang tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa antara semua filem King Kong yang pernah ditayangkan, Kong: Skull Island mungkin produksi yang terbaik untuk rantaian filem raksasa itu setakat ini. OK, benar bahawa filem dan seni sangat subjektif tetapi apa yang ditampilkan dalam filem Kong: Skull Island berbeza dari terbitan-terbitan sebelumnya.

Dalam Kong: Skull Island sekumpulan penyelidik dan anggota tentera cuba membongkar misteri sebuah pulau yang dikenali sebagai Skull Island. Dan di situ mereka menemui pelbagai haiwan spesis baru yang belum pernah ditemui manusia lain sebelum ini. Dalam proses meneroka pulau itu pula, terdapat juga konflik sesama ahli penjelajahan tersebut apabila ada yang mempunyai agenda peribadi masing-masing.

kg-fp-178-rbc-r

Apa yang membuat Kong: Skull Island lebih menarik adalah, selain daripada King Kong sebagai watak raksasa utama filem ini, terdapat raksasa-raksasa lain juga yang menghidupkan lagi alur cerita. Berlatarbelakangkan era 1970-an, ia juga menjanjikan banyak kejutan untuk pencinta filem raksasa sains fiksyen.

Dan di hujung filem ini, ada kejutan selepas ending credit. Jadi pastikan anda tunggu sehingga habis, kalau tidak , anda rugi! Kong : Skull Island akan ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Mac 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!