100383

Kongsi Gambar Priyanka Chopra Di Tepi Pantai, Nick Jonas Dipuji Romantis - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENYANYI terkenal antarabangsa Nick Jonas berkongsi sekeping foto kenangan bersama isterinya Priyanka Chopra dari salah satu percutian mereka.

Foto yang dikongsikan di instagram miliknya pada Jumaat memperlihatkan Priyanka dari belakang yang sedang duduk di tepi pantai merenung ke arah laut.

‘Antara perkara yang jadi kegemaran saya, tulis Nick.

Kapsyen romantis Nick mendapat perhatian peminat pasangan suami isteri itu yang memenuhi ruangan komen gambar tersebut.

‘Cantiknya dia. Saya jatuh cinta!’ ‘Romantik sungguh awak, Nick,’ komen beberapa netizen. Nick, 27, dan Priyanka, 37, berkahwin pada 1 Disember 2018 dan mereka sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Julai hanya selepas dua bulan bercinta.

Kredit gambar dan artikel mStardan Hindustan Times

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!