
/wp-content/uploads/2020/09/TYA-2.png)
LEBIH dua tahun menjalankan perniagaan jamu Mutyara Beauty, ahli perniagaan Asyraf Khalid dan isterinya pelakon Indonesia Tya Arifin berkongsi kejayaan dengan menghadiahkan kereta mewah kepada dua orang pekerja mereka.
Asyraf, 28, yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersyukur kerana dikurniakan kakitangan yang berdedikasi dan komited dalam usaha menjayakan perniagaan itu.
“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama-sama meneruskan empayar ini.”
Baca artikel penuh di mStar
Kredit gambar dan artikel mStar