72158

Konsert Belenggu Irama Wings & Superfriends Meriah - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-07-at-12-25-12-pm-3

Kumpulan Rock terkenal Malaysia, Wings sekali lagi menggegar Kuala Lumpur lewat konsert Belenggu Irama, Wings & Superfriends di Istana Budaya minggu ini.

Konsert yang bertujuan membantu golongan artis yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan itu menampilkan bekas ahli kumpulan Search, Yazid sebagai ikon yang diraikan. Yazid yang kurang sihat tetap mampu membuat persembahan bermain dram di penghujung konsert.

Mesej di sebalik konsert yang ingin membantu rakan-rakan artis yang kurang berkemampuan sekarang, telah digambarkan lewat lakonan sketsa dan juga beberapa persembahan lagu-lagu tertentu.

whatsapp-image-2017-04-07-at-12-25-12-pm-2

Selain lagu-lagu dari kumpulan Wings sendiri, konsert tersebut juga menampilkan lagu-lagu ‘Superfriends’ kumpulan Wings , yang terdiri daripada teman-teman penyanyi bernama besar serta beberapa para pendatang baru yang dicungkil dari aneka rancangan realiti TV.

whatsapp-image-2017-04-07-at-12-25-12-pm

Panggung Istana Budaya gamat kala menyaksikan penampilan penyanyi Rock Sahara Yaacob, selain persembahan mantap daripada Dato’ Ramli Sarip dan juga nyanyian istimewa oleh Dato’ M.Nasir, Dato’ Nash dan juga Dato’ Hattan.

Turut membuat kemunculan adalah Liza Hanim, Ito, Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor serta ramai lagi. Konsert Belenggu Irama Wings dan Superfriends ini akan berlangsung pada tujuh, lapan dan sembilan April 2017 di Istana Budaya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!