93595

Konsert Dayang Dua Dekad Cipta Kelas Tersendiri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seiring dengan meraikan perjalanan sepanjang dua dekad di dalam industri muzik ini, Dayang Nurfaizah atau lebih mesra dipanggil Dayang telah mengadakan konsert Dayang Dua Dekat di Panggung Seri, Istana Budaya pada Ahad lalu.

Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38 telah memukau ribuan peminat yang hadir pada malam itu dengan medendangkan barisan lagu yang pernah menjadi fenomena sepanjang perjalanan seni beliau.

Anak kelahiran Sarawak ni menyampaikan sebanyak 19 buah lagu malar segar melalui beberapa segmen. Antara lagu yang menggamit memori para peminat beliau adalah seperti Bahagia, Seandainya Masih Ada Cinta, Hakikat Cinta, Erti Hidup dan banyak lagi.

Elemen kejutan juga diselitkan apabila penyanyi Hael Husaini turut memeriahkan konsert ini apabila berada diatas pentas bersama Dayang untuk menyanyikan lagu Haram yang juga merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu yang ke–33.

Apabila ditanya apakah perancangan Dayang selepas ini, beliau berkata “Dayang akan fokus pada konsert seterusnya di Singapura pada 28 December ini di The Theatre At Mediacorp.”

Dayang Nurfaizah mengenakan empat persalinan daripada Rizalman Ibrahim yang turut hadir pada malam itu.

Antara barisan artis yang turut memeriahkan malam konsert Dayang Dua Dekad ialah Ziana Zain, Ajai, Neelofa, Fauziah Latiff, Indah Ruhaila dan ramai lagi.

 

Artikel dikongsi oleh Razaleigh Zain

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!