90526

Konsert iKON Yang Ikonik! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sabtu lalu telah berlangsung konsert kumpulan terkenal dari Korea Selatan iaitu iKON 2018 Continue Tour Kuala Lumpur yang bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Ini adalah kali kedua kumpulan yang dianggotai oleh B.I, Bobby, Jinhwan, Ju-ne, Yunhyeong, Donghyuk dan Chanwoo mengadakan konsert di Malaysia.

Biarpun konsert bermula pada jam 6 petang, namun dari tengah hari lagi, peminat-peminat kumpulan iKON yang digelar iKONIC ini telah berkumpul di hadapan stadium.

Sebanyak 20 buah lagu telah didendangkan untuk peminat-peminat setia mereka di Malaysia termasuklah sebuah lagu baru.

Antara lagu popular yang dipersembahkan oleh iKON ialah Love Scenario, Killing Me, Anthem, Best Friend, Cocktail + Only You, Bling-Bling, Perfect dan banyak lagi.

Selain dari persembahan yang bertenaga dan pergerakan tarian yang lincah, iKON juga sangat bijak berkomunikasi dengan peminat menjadikan konsert kali ini terasa lebih dekat dan istimewa.

Tak sangka mereka juga gemar bergurau senda dan usik mengusik di antara satu sama lain di atas pentas dan sering kali mengundang tawa peminat yang hadir.

Biarpun ada diantara mereka tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sempurna dan mereka sering meminta maaf kerana itu, namun perkara itu dilihat sangat ‘comel’ oleh pemiant-peminat mereka. Malah ucapan mereka juga kelihatan sangat jujur.

Rekaan pentas juga harus diberikan pujian. Pentas yang besar serta menghala ke hadapan menjadikan mereka lebih dekat dengan penonton. Jadi penonton tidak hanya perlu memlihat mereka dari jarak jauh.

Teknik pengcahayaan yang gah juga menaikkan ‘mood’ penonton di dalam stadium untuk turut sama menyanyi dan berdansa bersama iKON.

Kehebatan mereka beraksi di atas pentas membuatkan penonton ternanti-nanti setiap satu persembahan lagu daripada mereka.

Dua jam yang berlalu bagaikan tidak terasa. Malah iKON juga sempat menyanyikan lagu Love Scenario buat kali kedua untuk peminat-peminat mereka.

SURIA pasti konsert iKON kali ini adalah antara yang paling istimewa serta akan menjadi konsert yang paling diingati oleh peminat-peminat iKON.

Tahniah juga SURIA ucapkan kepada lebih dari 7000 peminat-peminat K-POP yang hadir pada malam itu kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini yang berlaku. Malah SURIA sempat terlihat ada Muslimah yang sedang menunaikan solat di luar stadium sebelum konsert bermula. Salute!

Konsert iKON 2018 Continue Tour Kuala Lumpur ini telah dibawakan oleh MacpiePro.

 

Kredit Foto : YG ENTERTAIMENT

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!