89582

Konsert Jelajah SURIA 2018 Bermula Di Meru Ipoh Sabtu Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Acara yang dinanti-nantikan oleh setiap pendengar setia SURIA FM telah pun tiba. Siri Konsert Jelajah SURIA 2018 akan bermula Sabtu ini bertempat di MYDIN Meru Ipoh Perak.

Ramai penyanyi-penyanyi popular tanah air akan hadir untuk menghiburkan peminat-peminat di Meru, antaranya Wany Hasrita, Syamel, Tajul, Wani Alhamdulillah, Ameng Spring, Amir Masdi, Naim Daniel, One Avenue Band, dan Eza Edmond.

Selain dihiburkan oleh artis-artis popular tanah air, anda juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai SURIA seperti DJ Lin, Sharifah Shahira, Fizi Ali, Tyzo, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Issey, dan Shahrol Shiro.

Pelbagai aktiviti menarik akan dilakukan pada hari Sabtu ini nanti antaranya ialah pertandingan Kutu Karoks dimana pemenang bakal membawa pulang wang tunai.

Ayuh warga Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan penyampai dan penyanyi kesayangan anda Sabtu ini bermula jam 12 tengah hari di MYDIN Meru Ipoh. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!