72129

Konsert Nova Gabungan Penyanyi Indonesia dan Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

photogrid_1490689954726

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun yang ke-60 hubungan di antara Malaysia dengan Indonesia, Suasana Enak Sdn Bhd dengan kerjasama Winning Matters Sdn Bhd akan menganjurkan sebuah konsert dinamakan Konsert Nova yang mengabungkan penyanyi-penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia pada 5 Ogos 2017.

Konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam ini bakal membariskan penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Judika dan Cakra Khan bersama penyanyi-penyanyi popular tempatan, Azlan
Typewriter dan Dayang Nurfaizah yang tampil selaku penyanyi jemputan. Selain dari Azlan dan Dayang, pihak penganjur akan mengundang penyanyi-penyanyi popular Malaysia dan Indonesia yang lain yang akan diumumkan kemudian.

dsc_7059
Azlan Typewriter bersama tenaga kerja Konsert Nova

Bagi menjanjikan persembahan muzik berkualiti dan bertaraf tinggi, pihak penganjur akan menampilkan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Selain itu, konsert ini turut diperkuatkan oleh Ardiyilla selaku pengarah
teknikal dan jurutera bunyi, Zoul dari Singapura yang berpengalaman mengendalikan konsert artis Antarabangsa. Azlan Typewriter sendiri juga akan menyertai barisan produksi Konsert Nova ini.

Kepada penggemar muzik atau yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan Konsert Nova 2017 boleh ikuti Facebook & Instagram : KONSERT NOVA; serta laman sesawang www.konsertnova.com dan juga #konsertnova serta #mykonsertnova.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!