89830

Konsert Setulus Karyanya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Malam tadi Panggung Sari Istana Budaya di Kuala Lumpur dipenuhi 1400 orang peminat yang hadir untuk menyaksikan persembahan konsert penyanyi dari seberang, Tulus.

Ternyata pelaburan mereka untuk membeli tiket konsert penyanyi itu benar-benar berbaloi apabila Tulus berjaya memberikan sebuah persembahan yang begitu hebat dan menakjubkan, setulus karya-karya yang telah dihasilkannya.

Penyanyi berdarah Minang yang berasal dari Bukittinggi, Pulau Sumatra, Indonesia itu tampil segak bersut gelap dan kemeja sambil menghiburkan para penonton dengan deretan lagu-lagunya yang paling popular.

Kesemua lagu yang didendangkan diambil daripada tiga albumnya iaitu Monokrom, Gajah dan juga album sulungnya, Tulus.

Malah, penyanyi yang juga bekas lulusan bidang Senibina itu memberitahu yang dia begitu terharu dengan sambutan para peminat yang hadir pada malam tersebut.

“Saya benar-benar tidak menyangka bakal mendapat sambutan yang luar biasa malam ini. Saya juga tidak sangka yang teman-teman Tulus sudah hafal hampir kesemua lirik lagu yang saya nyanyikan termasuk lagu terbaru saya Labirin yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu. Ini amat menyenangkan saya dan moga-moga saya akan dapat membuat persembahan lagi di masa hadapan,” jelas Tulus sewaktu ditemui di sidang media selepas konsert berakhir.

Antara lagu-lagu yang didendangkan termasuk Sepatu, Pamit, Sewindu, Manusia Kuat, Jangan Cintai Aku Apa Adanya dan banyak lagi.

Konsert itu juga telah dihadiri oleh ramai artis ternama Malaysia seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Nabila Huda dan ramai lagi. Ia turut dimeriahkan oleh penyanyi Natasha Sass yang tampil sebagai artis pembuka pada malam tersebut.

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

/promos/jelajah-suria-dikecohkan-team-pagi-suria/

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!