72883

Konsert Sheila On 7 di Malaysia Februari 2018! - Suria FM - Segalanya Hiburan

so7_poster_a3_photo_medium_res

Kumpulan muzik legenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Brian, Eros, Duta dan Adam akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul “SHEILA ON 7 – LIVE IN KUALA LUMPUR 2018”.

Konsert dengan durasi dua setengah jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana mereka bakal mempersembahkan rangkaian lagu-lagu dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti ‘Sephia’, ‘Pria Kesepian’ ‘Melompat Lebih Tinggi’, ‘ Seberapa Pantas ‘ dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.

Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian ini bakal berakhir dengan konsert ini pada tarikh 10 Februari 2018.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket mula dijual mulai 21 Disember 2017 di www.mytickets.asia.

dsc_5183

Diskaun sebanyak 15% disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet). Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layari www.shirazprojects.com.

SHEILA ON 7 – LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd.

INFO
Tarikh: 10 Februari 2018
Masa: 8.30 malam
Lokasi: StarXpo, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur

Harga tiket:
Meet & Greet RM315, Diamond RM215, Platinum RM165, Gold RM125, Silver RM85
Tiket: www.myticket.asia

Sila hubungi: 03 8605 0195
Info Hotline: 012 256 0082
Laman Sesawang: www.shirazprojects.com
Instagram: shirazprojects
Facebook: shirazprojects

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!