89970

Konsert Ulangtahun Ketiga Joox Meriah! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Aplikasi strim muzik, JOOX, telah menyediakan para pendengarnya dengan lagu-lagu hits dan pemegang carta sejak 3 tahun yang lalu! Bersempena dengan ulang tahun ketiga mereka dan IN Festival : Influencers 2018, JOOX telah merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka menerusi Tremendous JOOX Live Concert pada Sabtu lalu, 22 September, jam 8.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konsert itu telah berjaya menerima lebih daripada 33 ribu tontonan yang telah disiarkan secara langsung. Dan dihadiri 2000 penonton di dewan plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Peminat aplikasi muzik popular pada malam itu telah dihiburkan dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See!

“Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan JOOX, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut,” ujar Angie Tan, Pengarah Perkembangan Perniagaan HOOX.

 

Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah menyatakan bahawa JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahu pun baru. Penyanyi berbakat besar ini muncul dengan lagu terbaru bertajuk ‘Layarlah Kembali’ dan lagu ini mendapat respons yang baik di aplikasi Joox. Dayang telah mengajak peminatnya sama-sama menari pada malam tersebut.

Sementara itu, Akim and The Majistret menyatakan bahawa aplikasi seperti JOOX merupakan satu aplikasi yang baik untuk band-band seperti mereka. Ini kerana aplikasi ini berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada audiens yang lebih besar. “Kami tidak akan berjaya mendapat bilangan para peminat seperti hari ini kalau bukan kerana JOOX membantu mempromosikan muzik kami,” ujar mereka yang mempersembahkan lagu popular mereka ‘Potret’ dan ‘Lagu Untuk Laila’, selain lagu terbaru mereka ‘Rampas’.

“Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang dan kami berharap dapat terus menyediakan peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat! ”

Syabas kepada Joox di atas kejayaan menganjurkan konsert yang begitu hebat.

 

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

/promos/jelajah-suria-dikecohkan-team-pagi-suria/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!