91138

Kontroversi Semi Final Gegarvaganza 5 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung konsert separuh akhir Gegarvaganza musim kelima dimana telah menyaksikan dua peserta tersingkir sekali gus.

Dua peserta yang menjadi mangsa penyingkiran pada malam tadi ialah kumpulan Forteen dan Hetty Sarlene.

Manakala peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Amelina, Noryn Aziz, Zamani, Mya Ruslee, Billy Zurkainain dan Dia Fadilla.

Namun ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri semalam.

Katanya peserta yang tersingkir malam tadi tidak seharusnya tersingkir, tetapi peserta yang terlupa lirik pula yang terselamat.

Namun keputusan juri adalah muktamad dan Suria percaya mereka lebih arif dalam menilai kerana mereka merupakan individu yang berpengetahuan luas dalam bidang muzik.

Tahniah kepada peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir. Kepada Hetty dan Forteen anda telah lakukan yang terbaik. Semoga rezeki anda lebih murah di luar sana.

 

Kredit For : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!