72299

KRU Bakal Anjur Konsert Sempena Ulangtahun Yang Ke 25 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan yang dianggotai oleh tiga beradik yang pernah menjadi kegilaan ramai wanita pada satu masa dahulu?

Norman, Yusry dan Edry masing-masing pernah menjadi jejaka yang menghiasi poster di bilik tidur anak-anak muda terutamanya pada era 90an.

Lagu-lagu seperti Awas, Jangan Lafazkan, Fanatik dan banyak lagi yang menjadi siulan pada ketika itu.

100443opcgw4wck40y0pzy

Kejayaan kumpulan KRU bukan sahaja dari segi nyanyian, malah mereka turut menubuhkan syarikat sendiri iaitu KRU Music yang turut melahirkan ramai penyanyi popular seperti kumpulan Elite, Forteen, Mojo, Ezlynn dan ramai lagi.

kru

KRU juga cemerlang dari segi penghasilan filem serta video klip. Banyak filem-filem KRU yang telah mencecah kutipan pecah panggung, antaranya Hikayat Merong Mahawangsa, Cicakman, Magika dan banyak lagi.

Bagi meraikan ulangtahun yang ke 25 penubuhan KRU, satu konsert bakal dianjurkan bagi menghargai sokongan peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalan seni KRU.

18342343_1354567497958347_4019999425060766001_n

Menurut KRU, konsert istimewa ini akan dianjurkan pada penghujung tahun ini namun tarikh dan lokasinya belum ditentukan lagi.

“Sebelum ini kami ada menerima banyak tawaran untuk melakukan konsert, tetapi kami menolak kerana kekangan masa, namun tahun lepas kami telah diundang oleh Esplanade Singapura untuk membuat konsert dan tiketnya telah habis dijual.” Ujar tiga beradik ini.

screen-shot-2017-05-22-at-3-10-37-pm

KRU turut menjelaskan bahawa konsert itu nanti akan menjadi satu konsert untuk mengembalikan semula memori-memori indah sepanjang KRU bertapak dalam dunia seni.

“Sewaktu kami melakukan konsert di Singapura, kebanyakan yang datang adalah kakak-kakak, abang-abang, tetapi selepas bermula konsert mereka telah berubah menjadi remaja”.

Saat ditanya apakah rahsia kejayaan mereka sehingga mampu kekal sehingga 25 tahun, kata mereka sepanjang tertubuhnya kumpulan KRU, mereka tidak pernah bergaduh pasal perempuan dan wang.

screen-shot-2017-05-22-at-3-10-57-pmKRU juga bakal tampil dengan album kompilasi yang menampilkan 24 lagu hit sepanjang zaman serta satu lagu baharu selepas Aidilfitri nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!