90612

Kuch Kuch Hota Hai Kini Berusia 20 Tahun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem Bollywood paling digemari ramai yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu iaitu Kuch Kuch Hota Hai telah menyambut ulangtahun ke 20.

Filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherji itu mula ditayangkan pada 10 Oktober 1998.

Kuch-Kuch Hota Hai juga adalah filem pertama yang dihasilkan oleh pengarah Karan Johar yang pada ketika itu baru berusia 25 tahun.

Filem itu lantas menjadi fenomena di seluruh dunia sehinggakan Malaysia turut dilanda demam Bollywood pada ketika itu.

Bukan sahaja jalan cerita yang menarik serta lakonan yang mantap, tetapi lagu-lagu yang terkandung dalam filem tersebut juga menjadi siulan rakyat Malaysia.

Sempena menyambut ulangtahun ke 20 filem hits itu, Karan telah menganjurkan sebuah parti dan menjemput pelakon-pelakon utama filem berkenaan serta beberapa lagi selebriti Bollywood yang lain.

Sebenarnya, watak Tina yang dilakonkan oleh Rani ditawarkan kepada kawan baik karan iaitu Twinkle Khanna. Namun beliau telah menolaknya dan selepas itu Karan menawarkan watak itu kepada Aishwarya Rai namun beliau tidak boleh menerima pada ketika itu.

Akhirnya watak Tina diberikan kepada Rani Mukherji yang merupakan sepupu kepada Kajol. Pada mulanya Karan merancang untuk menggunakan alih suara untuk watak Tina kerana merasakan suara Rani terlalu serak. Namun perkara itu tidak terjadi.

Kejayaan demi kejayaan diraih oleh filem Kuch Kuch Hota Hai termasuklah memenangi anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di beberapa festival filem di India.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!