72797

Kumpulan Kristal Mahu Cari Vokalis Baru - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rody Kristal telah memuatnaik gambar beserta kapsyen yang agak mengejutkan ramai pihak apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan Kristal akan merehatkan vokalisnya iaitu Lan dan akan mencari vokalis baru.

Umum mengetahui Lan kini sedang bertanding dalam program Gegarvagaza musim keempat.

screen-shot-2017-11-23-at-3-40-50-pm

Pengumuman yang dibuat oleh Rody itu telah menimbulkan spekulasi bahawa kini hubungan Kristal dan Lan tidak berada dalam keadaan yang baik.

Rody juga menyatakan tindakan yang dibuat adalah diatas nasihat orang-orang yang lama di dalam industri.

screen-shot-2017-11-23-at-3-50-32-pm

Dalam kapsyennya itu lagi, Rody turut mengucapkan semoga Lan berjaya dengan hajatnya untuk bergelar penyanyi solo.

Di Instagram Kumpulan Kristal, rata-rata peminat tegar kumpulan itu tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Kata Mereka kumpulan Kristal tidak akan sama tanpa Lan sebagai vokalis.

screen-shot-2017-11-23-at-3-49-30-pm

SURIA juga berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Nanti SURIA akan dapatkan penjelasan dari Lan pula ya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!