72680

Kumpulan-kumpulan Indie dan Rock Ternama di Malaysia Autoshow 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

2017-10-08-photo-00000301

Buat julung kalinya, suatu festival muzik yang luar biasa akan berlangsung selari dengan Pameran Permotoran Terbesar di Malaysia.

Gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran, di bawah satu bumbung.

2017-10-08-photo-00000295

11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal membuat persembahan di Festival SoundValley 2017. Festival sepanjang dua hari ini menawarkan kepelbagaian genre muzik kepada semua pengunjung.

Festival SoundValley dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd, akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017.

2017-10-08-photo-00000294

“Tahun ini, Malaysia Autoshow 2017 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung, dengan lebih banyak lagi tarikan. Penganjuran SoundValley Festival adalah tarikan baru selari dengan perkembangan Malaysia Autoshow”, kata Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Automotive Institute (MAI).

2017-10-08-photo-00000300

Menurut beliau, Festival SoundValley dan Malaysia Autoshow 2017 menghimpunkan peminat muzik dan permotoran dalam acara yang penuh kemeriahan bagi semua pengunjung Malaysia Autoshow 2017.

Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017, sekaligus mendapat peluang untuk mengunjungi pameran automotif yang dianjurkan.

2017-10-08-photo-00000296

Pembeli tiket Festival SoundValley akan menikmati harga istimewa bermula 9 Okt sehingga 18 Okt 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival SoundValley Festival 2017, layari www.airasiaredtix.com

Butiran Konsert & Tiket
• Tarikh : 11 Nov – 12 Nov (Sabtu dan Ahad)
• Masa : 3.30p.m. to 11.30p.m.
• Tempat : Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS)
• Pengangkutan : 10,000 pengguna terawal Grab dapat menikmati RM8 potongan harga bagi satu perjalanan (dari/ke) MAEPS *Disediakan untuk kawasan Klang Valley sahaja.
• Tiket : Boleh didapati di online portal bermula 10 Oktober di https://airasiaredtix.com/

2017-10-08-photo-00000302

Senarai artis hari pertama terdiri daripada Bloc Party, Barasuara,  Hujan, Bunkface, Otherside Ochestra, manakala Loudness, Wings, May, Metalasia, FiftyOne50 dan Cassandra merupakan kumpulan yang akan membuat persembahan pada hari kedua.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!