72247

Lagu Baru Fazura Bersama Pelakon Lelaki Tempatan hiburan - Suria FM - Segalanya Hiburan
whatsapp-image-2017-05-04-at-4-18-15-pm
Gambar Ihsan Instagram Fazura

Sekitar sebulan yang lalu, pelakon dan penyanyi hiburan Nur Fazura mengumumkan yang dia bakal menyanyikan beberapa buah lagu ciptaan pemuzik-pemuzik tersohor Indonesia untuk album sulungnya nanti.

Dan hiburan, Fazura memberitahu Suria secara eksklusif yang dia juga akan berduet dengan seorang pelakon lelaki tempatan hiburan tidak lama lagi.

“Pihak pengurusan saya baru sahaja memastikan perkara tersebut dan saya tak sabar untuk merakamkan lagu itu dengan dia. Tapi buat masa ini saya belum boleh mendedahkan siapakah pelakon lelaki yang dimaksudkan itu. Yang pasti, dia sangat hiburan dan saya berharap peminat-peminat kami berdua akan sama-sama menyokong projek ini nanti,” jelas Fazura ketika ditemui di majlis pelancaran klip video lagu duet terbarunya ‘Nothing Like Pag Ibig’ dengan penyanyi R&B Filipina Jason Dy.

whatsapp-image-2017-05-04-at-4-18-15-pm-1

‘Nothing Like Pag Ibig’ merupakan lagu berbahasa Inggeris dan ia juga mempunyai satu lagi versi dengan tajuk ‘Nothing Like Cinta Ini’ bagi menyesuaikannya dengan pasaran tempatan. Dilancarkan di Red Box The Gardens, acara itu menyaksikan penampilan Jason Dy sendiri yang diterbangkan khas dari Flipina untuk sesi promosi di seluruh Malaysia.

Fazura dan Jason juga dikatakan akan mempersembahkan lagu tersebut di Festival Filem Antarabangsa ASEAN di Kuching, Sarawak 6 Mei nanti.

Ini merupakan lagu duet ketiga Fazura selepas ‘Hancur Aku’ di mana dia bergabung dengan kumpulan Estranged dan ‘Bulan Terbelah di Langit Amerika’ bersama dengan anak penyanyi Indonesia, Rhoma Irama, iaitu Rido Rhoma.

Kami yakin, pasti peminat-peminat Fazura tidak sabar menanti lagu duet keempatnya dengan pelakon lelaki tempatan misteri tersebut. Semoga lagu itu akan mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!