84890

Lagu Baru Misha Omar Belum Siap Sepenuhnya, Namun Peminat Sudah Mula Buat Cover Version - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi bersuara gemersik siapa lagi kalau bukan Misha Omar baru-baru ini telah memuatnaik lagu terbarunya yang masih dalam proses rakaman di Instagram.

Lagu terbaru berjudul Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri pantas menjadi siulan peminat-peminat tegar Misha.

Di media sosial, peminat-peminat Misha telah mula memuatnaik versi ‘cover’ mereka sendiri untuklagu tersebut biarpun lagu itu belum siap sepenuhnya.

Eh ehhh ,dia belanja suara nyanyi lagu baru kak mitch …thanks,adik!! All the best for tonight!!! Semoga mara ke peringkat top12 nanti ok? #RepostSave @hafizzainal.bintangrtm2018 with @repostsaveapp ・・・ Sambil2 rehearsal, ternampak kak mitch @mishaomar lanje lagu baru! Sumpah sedap and sementara tunggu giliran rehearsal, sempat rekod short cover lagu baru kak mitch πŸ™‚ sama2 la kita tunggu kak micth release lagu ni k #mishaomarisback . So excited bila dapat tahu kat mitch @mishaomar jadi pengacara utk #bintangrtm2018 ! dari dulu minat style nyanyian kak mitch ni πŸ–€korang plak jangan lupa tgk konsert pertama #bintangrtm2018 malam ni k LIVE di TV2 pukul 8.30pm πŸ™‚ okay bye, hfz nak sambung rehearsal πŸ‘‹πŸ» jumpa korang malam ni πŸ™ƒ

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on

Wow hebat betul penangan Misha Omar. Mesti ramai yang merindui untuk mendengar lagu terbaru daripada Misha.

Misha pun dah lama tak hadir dengan single solo terbaru. Kali terakhir Misha muncul secara duet dengan Hafiz Suip menerusi lagu Terimaku Seadanya.

Harap-harap proses pembikinan lagu Sampai Bila berjalan lancar dan segera dikeluarkan. SURIA dah tak sabar nak dengar versi penuh. Jangan lupa jemput SURIA ke pelancaran lagu itu nanti ya Misha.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!