95995

Lagu BTS Dipilih Jadi Muzik Latar Filem ‘Flaying with Fire’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem Hollywood berjudul Playing with Fire, mendapat perhatian ramai kerana menggunakan lagu BTS yang bertajuk Fire sebagai muzik latar.

Filem tersebut mula ditayangkan pada November lalu dan dijangka akan ditayangkan di Amerika Latin dan Asia pada tahun 2020.

John Cena yang menggalas watak utama dalam file tersebut, menjadi perhatian daripada Army seluruh dunia.

Mengikut laporan Koreaboo, semasa sesi temuduga bersama John Cena dia mendedahkan bahawa lagu berjudul fire yang dinyanyikan oleh BTS akan di mainkan pada babak yang penting sahaja.

John Cena bersama para pelakon Playing with Fire di AMC Lincoln Square Theater

John juga menjelaskan bahawa pengarah filem tersebut bertanggungjawab terhadap keputusan untuk memilih lagu ini untuk dimasukkan ke dalam filem tersebut.

“Andy Fickman adalah pengarah kami, dia yang membuat keputusan untuk menggunakan lagu ini sebagai lagu tema.

“Saya hanya menyatakan bahawa ianya satu keptusan yang amat tepat. ujarnya lagi.

 

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!