84894

Lagu dan Video Karaoke Terbaru Artis Rocketfuel Kini di Redbox! - Suria FM - Segalanya Hiburan

dsc02214-3

Buat anda yang suka berkaraoke, kami ada berita baik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. telah melancarkan video karaoke tujuh artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment di setiap cawangan Red Box. Para pengunjung pusat-pusat karaoke Red Box seluruh negara kini berpeluang untuk berhibur sambil menyanyikan lagu-lagu terbaru penyanyi kegemaran mereka seperti Hafiz Suip, Syamel, Sufi Rashid, Adira, Ara serta dua bintang baru iaitu Masya Masyitah dan juga Farhan Mustapha.

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Hafiz Suip, penyanyi bersuara emas ini kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ dengan mengangkat momen-momen besejarah dalam hidupnya seperti kelahiran putera sulungnya baharu-baharu ini.

Manakala Juara Akademi Fantasia kelahiran Singapura Sufi Rashid berkolaborasi dengan penyanyi serta penggubah lagu muda berbakat besar iaitu Haqiem Rusli dalam single ‘Aku Sendiri’ di mana beliau mempamerkan kebolehan bermain piano.

Selepas kejayaan ‘Lebih Sempurna’ yang memberangsangkan, juara Duo Star Syamel turut mempertaruhkan single ‘Biar Cinta’ yang merupakan kesinambungan single terdahulu dengan persembahan vokal bertenaga yang merupakan trademark beliau.

Ara pula seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang cepat mencuri perhatian lewat single ‘Warkah Untukku’ ternyata mendapat sambutan luar jangkaan dan sekaligus melonjakkan namanya sebagai seorang penyanyi yang perlu diberi perhatian dan dengan single ‘Bunga’ terbaharu daripadanya yang juga menerima respon yang positif.

whatsapp-image-2018-02-06-at-11-45-02-am

Walaupun menyepi beberapa ketika, seorang lagi bekas bintang AF Adira tidak senyap begitu sahaja tetapi bangkit dengan single ‘Sembunyi’ yang memaparkan sisi lain yang tidak pernah kedengaran sebelum ini dan menonjolkan kebolehan beliau sebagai penyanyi yang versatil.

Masya Masyitah pula yang merupakan juara Ceria Popstar satu ketika dulu menonjolkan pendekatan yang lebih matang dalam menyanyikan single terbaharunya yang berjudul ‘Mawar Terbiar’.

Dan terkini artis yang dicungkil bakat lewat rancangan realiti Farhan Mustapha muncul dengan lagu ciptaannya sendiri di mana beliau meluahkan segalanya dalam single ‘Wayang’ dengan keunikan vokal yang tersendiri.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!