
/wp-content/uploads/2018/11/Screen-Shot-2018-11-26-at-2.28.57-PM.png)
Malam Jumaat lalu telah pun diumumkan senarai 12 lagu yang layak mara ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).
Kesemua lagu yang berjaya mara ke AJL33 adalah lagu-lagu hits yang telah berjaya mendapat jumlah tontonan jutaan di saluran media sosial terutamanya.
Malah lagu-lagu popular dari runut bunyi atau lagu tema drama popular juga bolos ke pentas akhir AJL33.
Antara lagu-lagu hits yang berjaya ke pentas akhir AJL 33 adalah seperti berikut :
1. Di Matamu (Sufian Suhaimi) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 45 juta tontonan dan merupakan OST drama Cinta Bukan Kristal.
2. Sampai Bila (Misha Omar) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 7.8 juta dan merupakan OST drama Jangan Benci Cintaku.
3. Semakin (Siti Sarah) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 9.3 juta dan merupakan OST drama Halalkan Hati Yang Ku Curi.
4. Tak Pernah Hilang (AmyleaxKaer) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 9.8 juta dan merupakan OST drama Nur.
5. Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 3.7 juta dan merupakan OST drama Aurora.
6. Haram ( Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 9.7 juta dan merupakan OST drama Rahsia Hati Perempuan.
7. Hajat (Hael Husaini) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 12 juta.
8. Bunga (Ara Johari) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 11 juta.
9. Bunga (Altimet) – mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 7.9 juta.
10. Kau Pun Sama (Syamel) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 1.7 juta.
11. Jatuh Bangun (Haqiem Rusli 7 Aman Ra) Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 16 juta.
12. Luluh (Khai Bahar) – Mencatat jumlah tontonan di YouTube sebanyak 38 juta.