87167

Video Muzik ‘Segalanya Lebih Bermakna’ Versi 2018 Lebih Meriah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Wah nampaknya video muzik lagu raya Segalanya Lebih Bermakna yang dinyanyikan oleh penyampai-penyampai SURIA FM telah pun dilancarkan.

Jika tahun lalu, video muzik lagu ini dirakamkan di dalam studio, tetapi kali ini penggambaran video muzik lagu Segalanya Lebih bermakna dirakamkan di Tanjung Karang Kuala Selangor.

Memang kecoh jadinya apabila kesemua penyampai-penyampai SURIA FM bergabung beramai-ramai menghasilkan video muzik ini.

 

Menurut Pengurus Program radio SURIA FM iaitu DJ Lin, tujuan video muzik ini dirakamkan semula adalah kerana adanya dua penyampai baru iaitu Sharifah Shahira (Rara) dan juga Feeya Iskandar (Cik Piah).

“Tahun lepas kita dah rakam lagu ni, tetapi kita buat video muzik yang sangat ‘simple’ dan cuma rakam di studio jadi tahun ini dengan adanya penampahan dua penyampai SURIA yang baru kita ambil keputusan untuk menghasilkan video muzik yang lebih komprehensif”, ujarnya.

Pelbagai babak-babak menarik yang dipaparkan di dalam video muzik Segalanya Lebih Bermakna kali ni antaranya babak di mana penyampai SURIA Pagi Fizi Ali yang terjatuh ke dalam tali air.

Kalau nak tahu macam mana meriahnya video muzik Segalanya Lebih Bermakna versi 2018 ini, jangan lupa saksikan di Youtube, Facebook serta boleh buat permintaan lagu di SURIA FM.

Anda juga boleh tonton di sebalik tabir pembikinan vieo muzik Segalanya Lebih Bermakna di platform yang sama.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!