72314

"Lakonan Bukan Keutamaan Saya" – Elfira Loy - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon berkening tebal, Elfira Loy khabarnya sudah lama berehat dari dunia lakonan sejak mula berhijab.

Sesekali nama Elfira jadi bualan dek kisah cintanya bersama pelakon seberang dan yang terbaru bersama penyanyi Sufian Suhaimi.

screen-shot-2017-05-29-at-10-29-51-am
Menurut Elfira kali terakhir beliau berlakon drama adalah sekitar dua tahun lepas sebelum dirinya berhijab lagi.

Elfira turut menyangkal dakwaan yang beliau tiada tawaran berlakon disebabkan imejnya yang sudah berhijab.

“Walaupun saya masih muda, tetapi sudah lebih 11 tahun saya berada di dalam industri, jadi saya lebih selektif dalam memilih karya”, jelasnya.

Sepanjang Ramadhan ini, Elfira bakal muncul sebagai pengacara untuk sebuah program berunsur keagamaan bertajuk Ramadan 101 yang ditayangkan di TV9.

screen-shot-2017-05-29-at-10-21-59-am

Untuk rancangan ini, Elfira yang bergandingan bersama Ustaz Elyas Ismail akan menceritakan peristiwa yang terjadi pada bulan Ramadan serta beberapa tip gaya hidup.

Kata Elfira, ini adalah pengalaman mengacara yang paling mencabar dalam kariernya.

“Mula-mula saya takut tersalah bagi info sebab peranan saya agak besar kerana saya yang perlu menceritakan sesuatu peristiwa itu, dan ustaz hanya akan mengaitkannya dengan hadis-hadis”, terangnya.

screen-shot-2017-05-29-at-10-59-22-amSebagai persediaan untuk kelihatan tidak kekok dan kosong sewaktu mengacara, Elfira telah melakukan banyak kajian tentang topik-topik yang akan dipersembahkan terutamanya sejarah islam.

Jelas Elfira lagi kini dirinya sangat selesa dalam bidang pengacaraan dan tidak meletakkan lakonan sebagai keutamaannya buat masa ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!