72094

"Langkah Mayat Aku Dulu" – Pesanan Dari Fasha Sandha Kepada……. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pengorbanan seorang ibu sememangnya tiada tandingan apabila mereka terpaksa bertarung nyawa ketika melahirkan, bersengkang mata siang malam demi anak dan bermacam-macam lagi.

Jadi, tidak hairanlah kalau wanita bergelar ibu akan terasa tercabar jika ada seseorang yang ingin mengambil anak dari tangannya sendiri.

Ini yang terjadi kepada pelakon Fasha Sandha apabila baru-baru ini beliau ada memuat naik gambar beserta kapsyen yang seolah-olah menggambarkan perasaannya dan ia seperti satu amaran kepada individu terbabit.

Sebelum ini juga Fasha ada membongkarkan beberapa bukti beliau diganggu oleh bekas suaminya dan apa yang boleh dikatakan, Fasha menjadi seorang wanita yang cekal dan tabah selepas kes penceraiannya.

Jom kita baca antara luahan dan amaran yang dikeluarkan oleh Fasha terhadap individu terbabit.

Anakku,syurga dunia akhiratku.. aku yang mengandungkan anak2 aku, Aku yang bersusah payah bersengkang mata siang malam membesarkan 2 anak aku, Aku yang berjaga di waktu malam ketika mereka sakit, Aku yang mengorbankan masaku demi 2 anakku, Aku yang bertarung nyawa melahirkan ke 2 anakku, Aku yang mengorbankan badanku, seluruh nyawa demi anakku., Jadi jangan ada manusia busuk hati , hati hitam, cuba untuk mengambil anak2 aku. Baik sekarang, mahupun apabila mereka besar nanti. . . Harus diingat, anak2 ini membesar dengan keringat aku, dengan duit simpanan aku, tanpa meminta belas kasihan daripada sesiapa Tanpa ‘menagih simpati’ Kerana Aku adalah aku! NUR FASHA SANDHA.💪 Cuba pisahkan ibu dengan anaknya Langkah mayat aku dulu. 👆 . *Pesanan ini TIDAK ditujukan kepada sesiapa, kalau ada yang terasa, tu kau punya masalah. Sbb dah banyak makan cili, selalu sangat rasa pedas. Bila banyak sgt buat hal dan malu, macam2 yang bermain dalam otakMu. Ini hanya quote pagi yang aku karang sendiri. 💪 Aku nak salute pada ibu2 tunggal yang bukan jenis nak meraih simpati,yang independent dan kuat bekerja! Ingat ni, WANITA MAMPU KUASAI DUNIA!

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata pengikut Fasha memuji dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh ibu tunggal ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang turut mendoakan agar Fasha terus kuat untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan yang mendatang.

4

1

2

3Kami di SURIAfm sangat memahami yang sedang beliau harungi sekarang ini dalam membesarkan dua orang anaknya dan apa yang boleh kami katakan, teruskan cekal dan kuat demi anak-anak.

Kasih ibu membawa ke syurga!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!