72347

Lara Alana Bermain Gamelan di Acara Berbuka Puasa - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-08-at-3-13-31-pm

Baru-baru ini rangkaian televisyen Media Prima telah menganjurkan acara berbuka puasa bersempena dengan tayangan program-program Syawal mereka di sebuah hotel berbintang lima di ibukota.

whatsapp-image-2017-06-08-at-3-13-30-pm

Ramai artis-artis popular yang hadir pada petang itu. Ini termasuklah pasangan terkenal Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya. Tidak ketinggalan juga, buah hati mereka berdua Lara Alana yang sama-sama tampil sedondon dengan kedua ibubapanya.

whatsapp-image-2017-06-08-at-3-13-30-pm-3

Biarpun acara tersebut dipenuhi kelibat ramai pelakon popular, namun perhatian tertumpu kepada Lara yang sentiasa kelihatan comel dengan gelagat lucu serta senyumannya.

whatsapp-image-2017-06-08-at-3-13-30-pm-1

Seperti biasa, ramai ingin mengambil gambar dengan bintang kecil yang mempunyai jumlah pengikut Instagram sebanyak 2.8 juta ini.

whatsapp-image-2017-06-08-at-3-13-30-pm-2

Dan lebih istimewa, sewaktu mereka ingin pulang, Lana sempat singgah ke ruang persembahan gamelan di lobi hotel tersebut dan sama-sama menyertai kumpulan gamelan itu. Malah Lana sendiri turut diajak oleh para pemain gamelan untuk bermain alat-alat muzik tradisional itu.

whatsapp-image-2017-06-08-at-3-13-31-pm-1

Memang comel melihat aksi anak dara Awal dan Scha ini. Awal sendiri sempat merakam gelagat anak perempuannya. Di sini kami paparkan beberapa gambar dari akaun Instagram Lana Alana sewaktu dia ‘menyertai’ kumpulan gamelan tersebut!

Siapa tahu, jangan-jangan Lana ada bakat muzik terpendam yang mungkin akan berkembang kala dia dewasa nanti!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!