72240

Lara Alana Pembayar Cukai Termuda Di Malaysia? - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Gambar Ihsan Instagram Lara Alana
Gambar Ihsan Instagram Lara Alana

Selebriti cilik paling popular di Malaysia, Lara Alana yang juga anak kepada pasangan selebriti terkenal tanah air Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menjadi tular di media sosial berikutan berita si comel ini dikenakan cukai.
Baru berusia 3 tahun, Lara adalah antara pembayar cukai termuda di negara ini.
Lara yang mempunyai hampir 3 juta pengikut di Instagram itu pernah menjadi bintang utama program realiti televisyen Lara Oh Lara serta duta minuman kesihatan Yakult.
Awal dan Scha juga dikhabarkan telah mengupah seseorang untuk menguruskan bahagian kewangan anak kesayangan mereka yang bakal mula melakukan pembayaran pada tahun ini.

lara2
Menurut laporan yang dikeluarkan BH Online, kanak-kanak yang berusia 18 tahun kebawah harus membayar cukai jika mereka meraih pendapatan lebih daripada RM34,000 setahun.
Populariti Lara yang juga sinonim dengan panggilan Datin Lara itu melonjak naik selepas muncul dengan program realiti yang memaparkan kehidupan sehariannya.
Selain Lara, pelakon cilik lain seperti Puteri Balqish dan Mia Sara juga tidak terkecuali dari dikenakan cukai.

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!